
Maklumat palsu. Krisis global. Dunia tanpa sempadan. Bersediakah belia kita?
CEO ASLI telah memenuhi jemputan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk berkongsi mengenai “A Borderless World, A Vulnerable Generation: Rethinking Youth Security” di Konvensyen Belia Kebangsaan 2026.
Konvensyen yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2026 ini telah menghimpunkan belia dari seluruh negara untuk berbincang mengenai hala tuju masa depan, cabaran semasa, dan inisiatif pemerkasaan generasi muda.
Dalam sesi tersebut, CEO ASLI telah mengingatkan kepentingan peranan belia dalam menangani krisis maklumat palsu dan salah. Beliau menegaskan agar generasi muda sentiasa berwaspada dan kritis dalam menilai informasi yang diterima, di samping mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk mendepani pelbagai isu global yang semakin kompleks.
Terima kasih KBS dan MBM atas jemputan ini, semoga pemerkasaan belia terus dipacu demi melahirkan generasi yang berdaya tahan dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.