
Krisis Tenaga: Masa Depan Kelam atau Peluang Baharu?
Dalam sesi temu bual Dialog Anak Muda di Astro AWANI, Mikaila Butt, Pengurus, Penasihat dan Advokasi Penyelidikan ASLI, membincangkan realiti dan cabaran ekonomi yang kini semakin menekan golongan belia di tengah-tengah krisis tenaga global yang dijangka berpanjangan.
Perbincangan ini mengetengahkan peralihan anak muda ke arah sektor ekonomi gig dan kerja sampingan akibat penyusutan margin keuntungan PKS yang memaksa penawaran kontrak jangka pendek. Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar demi kestabilan harga domestik, serta keperluan kritikal peningkatan kemahiran (upskilling) industri 4.0 seperti program pengekodan 42KL bagi menjamin masa depan belia.
Tonton episod penuh di sini: https://www.youtube.com/watch?v=03stP5CpuBI
Empowering Leaders, Advancing Societies